BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, July 25, 2010

New Urbanism (Walkability)


Dalam konteks pembangunan pada masa kini konsep new urbanism adalah amat praktikal untuk digunapakai ini adalah kerana konsep ini bukan sahaja menitikberatkan pembangunan fizikal malah mementingkan keselesaan penduduk. Antara salah satu prinsip yang digunakan bagi mewujudkan sebuah bandar new urbanism adalah prinsip walkability di mana ianya merujuk kepada kepentingan penduduk untuk bergerak dari satu tempat ke tempat dengan hanya berjalan kaki. Terdapat banyak faedah apabila prinsip dapat digunapakai dalam pembangunan sesebuah kawasan antaranya dapat melahirkan sebuah masyarakat yang sihat, dapat mengurangkan kesesakan jalan raya, mengurangkan masalah kemalangan dan mengelakkan pencemaran terutamanya pencemaran bunyi dan udara.Walaubagaimanapun untuk menjayakan prinsip walkability ini sebuah kawasan itu haruslah memiliki reka bentuk bandar yang sistematik dan mampu untuk menarik perhatian pengguna untuk berjalan. Antara indikator yang boleh digunapakai bagi menarik perhatian pengguna untuk berjalan kaki adalah sesebuah kawasan tersebut menyediakan kawasan pejalan kaki yang menarik dengan penanaman pokok-pokok sebagai peneduh, lanskap yang menarik, sistem keselamatan yang sempurna seperti bollard yang mengasingkan kawasan pejalan kaki dan jalan raya serta sistem lampu jalan terutamanya pada waktu malam untuk mengelakkan berlakunya masalah jenayah seperti ragut.


Friday, January 22, 2010

Tanggapanmu.....

Sepanjang perjalanan kehidupan,
ku temu pelbagai rupa kawanku.
gemuk, kurus, panjang, pendek,
lawa, kacak, hodoh, ayu, sayu
Bersikat, bertudung…
akan sejenak ku terfikir…
manakah satu…..
rupa yang akan menjadi kawanku yang setia..
yang gemuk atau kurus?
yang pendek atau panjang?
yang lawa atau hodoh?
yang bersikat atau bertudung?
diriku dalam dilema….
setelah difikir berkali…
tersedar diriku…
kadang-kadang sesuatu yang indah tak sebetul-betulnya indah
dan……
kadang-kadang sesuatu yang buruk tak sebetul-betulnya buruk
kadang-kadang yang kacak tak selalunya betul..
kadang-kadang yang lawa tak selalunya baik
kadang-kadang yang hodoh tak selalunya jahat
kadang-kadang yang bertundung tak selalunya jujur
dalam hidup ini perlulah berhati-hati…
mencari kawan memang senang…
tetapi mencari kawan yang setia
umpama mencari jarum dirumput yang kering...
berusahalah untuk mencari kawan yang setia...

Jaga 7 Sunnah Rasul

"Cerdas nya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat,
yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.


Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.

Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama:
tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua:
membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga:
jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat:
jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima:
jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam:
jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

Ketujuh:
amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam

Cinta Sejati

Cinta sejati adalah apabila kita percaya yang ia bukan milik kita, cinta sejati ada dalam hati, saling memberi dan merasa...tetapi bukan di kuasai dan memilikinya....