BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, July 25, 2010

New Urbanism (Walkability)


Dalam konteks pembangunan pada masa kini konsep new urbanism adalah amat praktikal untuk digunapakai ini adalah kerana konsep ini bukan sahaja menitikberatkan pembangunan fizikal malah mementingkan keselesaan penduduk. Antara salah satu prinsip yang digunakan bagi mewujudkan sebuah bandar new urbanism adalah prinsip walkability di mana ianya merujuk kepada kepentingan penduduk untuk bergerak dari satu tempat ke tempat dengan hanya berjalan kaki. Terdapat banyak faedah apabila prinsip dapat digunapakai dalam pembangunan sesebuah kawasan antaranya dapat melahirkan sebuah masyarakat yang sihat, dapat mengurangkan kesesakan jalan raya, mengurangkan masalah kemalangan dan mengelakkan pencemaran terutamanya pencemaran bunyi dan udara.Walaubagaimanapun untuk menjayakan prinsip walkability ini sebuah kawasan itu haruslah memiliki reka bentuk bandar yang sistematik dan mampu untuk menarik perhatian pengguna untuk berjalan. Antara indikator yang boleh digunapakai bagi menarik perhatian pengguna untuk berjalan kaki adalah sesebuah kawasan tersebut menyediakan kawasan pejalan kaki yang menarik dengan penanaman pokok-pokok sebagai peneduh, lanskap yang menarik, sistem keselamatan yang sempurna seperti bollard yang mengasingkan kawasan pejalan kaki dan jalan raya serta sistem lampu jalan terutamanya pada waktu malam untuk mengelakkan berlakunya masalah jenayah seperti ragut.


0 comments: